Sunday 7 October 2012

Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu.




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU


Mata Pelajaran          : Bahasa Malayu
Tahun                         : 3 Naim
Bilangan Murid         : 25 Orang
Tarikh                         :11 September 2012
Hari                             : Khamis
Masa                           : 11.15 pg - 12.15 pg (60 minit)
Tema                          : Kesenian dan Kebudayaan
Tajuk                          : Seloka Pak Kaduk

Objektif Pengajaran
Pada akhir pelajaran, murid akan dapat :

1.    Membaca tiga ayat mudah dalam petikan seloka dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
2.    Menjelaskan dua maklumat dan isi yang diperoleh secara jelas dan tersusun.
3.    Menjelaskan maksud seloka yang di ajar

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
            Aras 3 (i) : Membaca teks seloka dengan sebutan dan  intonasi yang betul.

Pengisian Kurikulum            :Ilmu- seni visual
Nilai – kerjasama,  yakin diri, inkuiri (rasa ingin tahu)
KBT –Kemahiran berfikir, Belajar, kemahiran lokomoto, Verbal linguistik , visual ruang

Bahan Bantu Belajar            :Lirik lagu Pak Kaduksampul surat, kad huruf, gambar, kad manila, Lembaran kerja, buku teks,

Pengetahuan Sedia Ada      :1) Murid pernah mendengar cerita Pak Kaduk .



Sistem Bahasa                   :Tatabahasa – Ayat penyata, kata berimbuhan 
                                               Kosa Kata –  menongkah, berpuput


Prosedur Pengajaran


Langkah

Isi pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Set induksi
(5 minit)

Tayangan Video Cerita tentang Pak Kaduk

1)    Murid menonton video cerita Pak Kaduk
2)     Murid bersoal jawab tentang cerita tersebut

BBB
Video Pak Kaduk
LCD

Nilai
-inkuiri

Langkah 1
 (10 minit)

Teks Seloka Pak Kaduk

1)    Guru mengedar teks Seloka Pak Kaduk kepada murid
2)    Murid diminta membaca teks tersebut secara individu dengan intonasi yang betul

BBB
-Teks Seloka Pak Kaduk

TKP
- verbal linguistik

Langkah 2
( 20 minit )

Aktiviti Kumpulan:

Mencari perkataan berimbuhan  

tergadai
dicurahkan
kebuluran
kematian

1)    Secara berkumpulan, murid diedarkan dengan petikan seloka.
2)    Murid diminta mengenalpasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam teks
3)    Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil yang diperolehi
4)    Membaca perkataan berimbuhan yang diperolehi

KBT
- berfikir
-verbal linguistik

Nilai
- kerjasama
-yakin diri


BBB
Lembaran petikan


Langkah 3
( 20  minit)
1)      Membina ayat mudah
1)    Murid diminta membina ayat mudah berdasarkan perkataan berimbuhan di kertas mahjung
2)    Setiap kumpulan akan membentangkan ( membaca ) ayat yang dibina
KBT
- berfikir
-verbal linguistik

Nilai
-yakin diri

BBB
-kertas mahjung


Penutup
(5 minit)

Penutup sosial

Nyanyian Seloka Pak Kaduk
Dengan iringan muzik
Penutup kognitif
1)       Guru dan murid menyanyikan Seloka Pak Kaduk dengan iringan muzik
2)       Guru membuat rumusan dan penerapan nilai murni tentang cerita Pak Kaduk


BBB
- Lirik Seloka Pak kaduk

No comments:

Post a Comment