Monday 15 October 2012

Rancangan Pengajaran Harian-Didik Hibur

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA  MELAYU (DIDIK HIBUR)

Matapelajaran: Bahasa Melayu
Kelasa : Tahun 2 Bestari
Masa: 10.30-11.30 Pagi
Tema: Pertanian
Tajuk: Buah-Buahan Tempatan
Standard Kandungan: 4.1- Menyebut dan memahami unsur  seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Standard: 4.1.1- Menyebut sukukata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
Objektif: Pada akhir P@p, murid-murid akan dapat:-
1.       Menyebut senikata lagu dengan jelas melalui nyanyian.
2.       Menamakan buah-buahan tempatan.

Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti Pembelajaran
Catatan

Set induksi
( 5 Minit )

Buah-buahan Tempatan
-          Rambutan
-          Cempedak
-          Ciku
-          Manggis
-          Langsat
-          Rambutan
-          pulasan

1)Guru berlakon sebagai penjual buah-buahan.

2)Murid tampil membeli buah yang dibawa guru.

3) Murid diminta menyebut nama  buah-buahan yang ingin dibeli oleh mereka.


BBB

-buah-buahan asli atau tiruan.

TKP
Interpersonal

Langkah 1
( 10 minit)
Lagu buah-buahan tempatan
1)Murid menonton video lagu tentang buah-buahan tempatan.

2)Murid melihat senikata lagu yang dipaparkan pada skrin.

3)Murid menyebut senikata lagu dengan jelas secara kelas.

BBB

-carta lagu
-skrin
-LCD
Langkah 2
( 15 minit )
Senikata lagu dan muzik
1)Murid manyanyikan lagu dengan bimbingan guru.

2)Murid diminta menyanyi berdasarkan senikata lagu dengan jelas secara kelas, kumpulan dan individu.

BBB

-carta lagu
-skrin
-LCD

TKP
-Verbal Linguistik
-Kecerdasan Muzikal
Langkah 3
( 15 minit )
Lakonan jual beli mengikut kumpulan.
1)Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2)Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan aktiviti jual beli sambil menyanyi lirik lagu melalui lakonan.
BBB

-Buahan tiruan/asli
-kad gambar

TKP
-Interpersonal
Langkah 4
( 10 minit )
Nama buah-buahan
Latihan pengayaan:
1)Murid diminta klik pada gambar atau perkataan yang betul dalam latihan yang dipaparkan pada slaid.

Latihan pemulihan:
2)Murid diminta menyatakan jenis buah-buahan yang terdapat dalam senikata lagu berdasarkan jawapan diberi.

3)Murid diminta lengkapkan senikata lagu buah-buahan tempatan.


BBB

-slaid
-lembaran kerja

-Kemahiran berfikir
-menjana idea
Penutup
( 5 minit )
Nyanyian dan gerakan bebas.
1)Murid diminta menyanyi semula lagu “Buah-Buahan tempatan” sambil bergerak bebas.
BBB
-senikata lagu
TKP
-Muzikal
-kinestetik





No comments:

Post a Comment