Monday 15 October 2012

Rancangan Pengajaran harian-Teori Pelbagai Kecerdasan


PERANCANGAN / STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( Kecerdasan Pelbagai )

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : Tahun 3
Tajuk : Binatang Peliharaan
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid-murid akan dapat:
                i)Bercerita tentang binatang peliharaan.
                ii) Membaca teks mudah dengan sebutan dan intonasi yang betul.


LANGKAH


AKTIVITI PENGAJARAN

KECERDASAN PELBAGAI



Set Induksi
Murid diperdengarkan lagu “ Anak Ikan “ oleh guru.

Murid diminta menyanyikan lagu “Anak Ikan “ dengan gerakan bebas dan berpandu.

-          Kecerdasan Muzikal
-          Kecerdasan Kinestetik



Langkah 1
Murid diminta menceritakan tentang binatang peliharaan masing-masing.

Secara rawak, murid yang terpilih akan cuba bercerita tentang binatang peliharaan yang dipelihara dirumah.
-          Kecerdasan Interpersonal
-          Verbal linguistik




Langkah 2
Guru menyediakan sebuah petikan mudah mengenai binatang peliharaan.

Setiap murid akan membaca petikan tersebut dengan intonasi yang kuat secara bersama-sama.




-          Kecerdasan Verbal Linguistik


Langkah 3
Murid diminta membina karangan  yang mudah mengenai binatang peliharaan masing-masing di rumah.

-          Kecerdasan verbal Linguistik
-          Naturalis



Langkah 4
Murid diminta mewarnakan gambar binatang yang dibekalkan oleh guru.


-          Kecerdasan visual Ruang



Penutup
Murid menyanyikan semula lagu “ Anak Ikan “ bersama-sama sambil melakukan gerakan bebas dengan iringan keyboard oleh guru.


-  Kecerdasan Muzikal
-  Kecerdasan Kinestetik.

No comments:

Post a Comment