RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
Mata Pelajaran : Bahasa Malayu
Tahun : 3 Naim
Bilangan Murid : 25 Orang
Tarikh :11 September 2012
Hari : Khamis
Masa :
11.15 pg - 12.15 pg (60 minit)
Tema : Kesenian dan Kebudayaan
Tajuk : Seloka Pak
Kaduk
Objektif Pengajaran
Pada akhir pelajaran, murid akan dapat :
1. Membaca tiga ayat mudah dalam petikan seloka dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
2. Menjelaskan dua maklumat dan isi yang diperoleh secara jelas dan tersusun.
3. Menjelaskan maksud seloka yang di ajar
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
(i) : Membaca teks seloka dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Pengisian Kurikulum :Ilmu- seni visual
Nilai – kerjasama, yakin diri, inkuiri (rasa ingin tahu)
KBT –Kemahiran berfikir, Belajar, kemahiran lokomoto, Verbal
linguistik , visual ruang
Bahan Bantu Belajar :Lirik lagu Pak Kaduksampul surat, kad huruf, gambar, kad manila, Lembaran
kerja, buku teks,
Pengetahuan Sedia Ada :1) Murid pernah mendengar cerita Pak Kaduk .
Sistem Bahasa :Tatabahasa
– Ayat penyata, kata berimbuhan
Kosa Kata –
menongkah, berpuput
Prosedur Pengajaran
|
Langkah
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
|
Set induksi
(5 minit)
|
Tayangan Video Cerita tentang Pak Kaduk
|
1) Murid menonton video cerita Pak Kaduk
2) Murid bersoal jawab tentang cerita
tersebut
|
BBB
Video Pak Kaduk
LCD
Nilai
-inkuiri
|
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Teks Seloka Pak Kaduk
|
1)
Guru mengedar teks
Seloka Pak Kaduk kepada murid
2)
Murid diminta membaca
teks tersebut secara individu dengan intonasi yang betul
|
BBB
-Teks Seloka Pak Kaduk
TKP
- verbal linguistik
|
|
Langkah 2
( 20 minit )
|
Aktiviti Kumpulan:
Mencari perkataan berimbuhan
tergadai
dicurahkan
kebuluran
kematian
|
1)
Secara berkumpulan,
murid diedarkan dengan petikan seloka.
2)
Murid diminta
mengenalpasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam teks
3)
Setiap kumpulan
diminta membentangkan hasil yang diperolehi
4)
Membaca perkataan
berimbuhan yang diperolehi
|
KBT
- berfikir
-verbal linguistik
Nilai
- kerjasama
-yakin diri
BBB
Lembaran petikan
|
|
Langkah 3
( 20 minit)
|
1)
Membina ayat
mudah
|
1)
Murid diminta membina
ayat mudah berdasarkan perkataan berimbuhan di kertas mahjung
2)
Setiap kumpulan akan
membentangkan ( membaca ) ayat yang dibina
|
KBT
- berfikir
-verbal linguistik
Nilai
-yakin diri
BBB
-kertas mahjung
|
|
Penutup
(5 minit)
|
Penutup sosial
Nyanyian Seloka Pak Kaduk
Dengan iringan muzik
Penutup kognitif
|
1) Guru dan murid menyanyikan Seloka Pak Kaduk dengan iringan muzik
2) Guru membuat rumusan dan penerapan nilai murni tentang cerita Pak Kaduk
|
BBB
- Lirik Seloka Pak kaduk
|
No comments:
Post a Comment